Dalam rangka memberikan lebih banyak faedah untuk kemudahan para ahli, Millennium Exclusive telah mengadakan kerjasama dengan beberapa buah firma guaman yang berkaliber untuk memberikan nasihat konsultasi tentang undang-undang.

Ini bermakna sekiranya para ahli mengalami masalah atau ingin mendapat perkhidmatan guaman Millennium Exclusive ada menyediakan perkhidmatan rujukan guaman, namun demikian segala kos dan urusan dengan pihak peguam merupakan tanggung jawab ahli. Millennium Exclusive hanya memberikan perkhidmatan rujukan sahaja demi untuk kemudahan para ahli.

Sekiranya anda mempunyai masalah tentang rujukan firma guaman sila hubungi bahagian khidmat pelanggan untuk mendapat senarai firma guaman yang berkelayakan dan bersesuaian dengan kemampuan anda.