Millennium Exclusive senantiasa mengharapkan semua ahli dapat menggunakan faedah yang diberikan secara maksimum.

Dalam rangka memaksimumkan penggunaan keahlian ini, Millennium Exclusive berusaha untuk memberikan faedah yang berupa DISKAUN RAWATAN DI KLINIK swasta.

Dengan rangkaian melebihi 200 buah klinik swasta di seluruh negara, para ahli akan dapat menikmati diskaun dari 5% sehingga 30% untuk setiap kali mendapatkan rawatan di rangkaian panel berbayar kami. Apa yang perlu dilakukan oleh para ahli ialah dengan cara mengunjungi klinik panel berbayar kami dan setelah mendapatkan rawatan hendaklah menunjukkan kad keahlian, namun dalam faedah ini ahli hendaklah memastikan bil rawatan anda melebihi RM30.00 dan akan mendapat kemudahan diskaun antara 5 hingga 30% di klinik-klinik yang tersenarai bersama pakej ini.

Seandainya senarai panel yang kami lampirkan kepada Tuan / Puan berada jauh dari lokasi tempat tinggal anda, maka kami mengharapkan anda dapat membantu kami dengan mengirimkan nama klinik yang sering anda kunjungi, dan seterusnya kami akan menghubungi klinik tersebut bagi proses pendaftaran klinik panel Millennium Exclusive.

Sila rujuk senarai panel yang kami lampirkan bersama pakej ini.