Ahli Millennium Exclusive akan diberikan kemudahan untuk menunaikan umrah dengan program penjimatan yang dikendalikan oleh beberapa panel UMRAH yang mempunyai ikatan kerjasama dengan Millennium Exclusive.

Melalui SAHARA TRAVEL dan LAVENDER HOLIDAYS kami berusaha memberikan perkhidmatan dengan lebih murah dan menjimatkan.

Konsep penjimatan yang diberikan adalah mengikut standar yang subjektif kerana ianya bergantung kepada aspek-aspek rombongan itu sendiri seperti jumlah ahli rombongan, jenis pesawat yang digunakan, jenis penginapan dan seterusnya jumlah masa yang diluangkan di tanah suci. Selain itu dengan konsep runding harga yang diamalkan panel-panel atau agensi perjalanan panel kami akan senantiasa mencari jalan membantu anda menunaikan panggilan Ka’bah.

Seandainya anda ingin mengetahui dengan lebih terperinci sila hubungi bahagian khidmat pelanggan Millennium Exclusive dan pihak kami akan membantu anda dengan info-info terkini terus dari panel Agensi Perjalanan kami