Terdapat beberapa perbezaan faedah yang terdapat dalam siri keahlian Millennium Exclusive kerana Millennium Exclusive mempunyai 3 jenis system keahlian iaitu :
|
|
- Millennium Exclusive Gold Card
- Millennium Exclusive Primier Card
- Millennium Exclusive Student Privilege
|
 |
|
Sekiranya anda telah menyemak lamanweb kami di www.millennium2u.com anda akan mendapati terdapat beberapa faedah yang berbeza dengan siri faedah Millennium Exclusive, oleh yang demikian anda diharap tidak keliru kerana setiap edisi Millennium Exclusive yang mempunyai ciri-ciri perbezaan antara satu sama lain termasuk dari segi harganya.
|
|
Diskaun Hotel : untuk faedah ini para ahli hendaklah menghubungi pusat khidmat pelanggan di 03-4043 0080, dan pihak kami yang akan nghubungi hotel berkenaan bagi mendapatkan tariff diskaun hotel.
|
|
Para ahli yang terus ke hotel dan cuba mendapatkan diskaun mungkin tidak akan mendapat layanan terus dari hotel, kerana konsep diskaun ini merupakan hubungan terus antara Millennium Teamwork Sdn Bhd dengan hotel berkenaan sahaja.
|
|
Untuk lain-lain diskaun para ahli boleh merujuk kepada pakej keahlian ini atau terus melayari lamanweb kami. Kepastian yang mutlak boleh diperolehi melalui pusat khidmat pelanggan kami di 03--40430080
|
|
Senarai panel yang disertakan dalam pakej ini akan mengalami penambahan dan perubahan dari masa ke semasa, kerjasama anda amat diperlukan di mana kami memerlukan bantuan anda untuk memberikan maklumat tentang klinik atau optometris yang terdapat di sekitar tempat tinggal anda.
|
|
Apa yang perlu anda lakukan ialah memberikan masukan tentang klinik atau optometris berkenaan melalui lamanweb kami. Melalui www.millennium2u.com anda boleh mengirimkan email yang terdapat nama dan alamat klinik berkenaan agar pihak kami dapat menghubungi klinik tersebut bagi menyertakan klinik tersebut sebagai panel kami.
|
|
Para ahli senantiasa digalakkan untuk sentiasa menghubungi pusat khidmat pelanggan di 03-40430080 untuk mendapatkan maklumat terkini tentang faedah-faedah semasa dan akan datang.
|
|
Pihak pengurusan syarikat berhak untuk mengubah mana-mana bahagian yang terdapat dalam etika / terma / syarat
penggunaan ini sesuai dengan kedudukan dan keadaan semasa pada waktu tersebut tanpa perlu atau akan
dimaklumkan kepada para ahli kemudiannya. Sekiranya para ahli mengalami masalah atau memerlukan sebarang
penjelasan mengenai terma-terma tersebut, anda diwajibkan menghubungi pihak khidmat pelanggan bagi
mendapat penjelasan dan penerangan sebenar tentang kedudukan atau status sesuatu perkara yang berbangkit.
|
|